Tuesday, January 25, 2011

~nasi ayam~

assalammualaikum....
menu tuk tghr ni.nasi ayam versi ibu.
sgt malas mau msk ari ni.lg pun dah kekeringan idea.
menu ni jer yg ade dlm fikiran ibu.jom tgk resepi nasi ayam ibu.
BAHAN2 UNTUK NASI
  • bawang putih 3 ulas
  • bawang besar 1 biji
  • halia agak2 jer
  • buah pelaga 3 biji
  • bunga lawang 1 kuntum
  • beras 3 cawan
  • air rebusan ayam 3 cawan[lebih kurang la]
*bawang besar,bawang putih n halia dikisar halus.
CARA MEMASAK
panaskan minyak dlm rice cooker n masukkan buah pelaga,bunga lawang dan bahan kisar.ble dah naik bau masukkan air rebusan ayam bersama garam dan sedikit serbuk kunyit.akhir sekali masukkan beras dan biarkan msk seperti biasa.
BAHAN2 UNTUK AYAM
  • ayam 1/2 ekor
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 4 biji
  • halia agak2
  • kicap pekat 2 sudu
  • sos tiram 2 sudu
*bawang besar , bawang putih dan halia dikisar halus
CARA2 MEMASAK
ayam dipotong 2 dan direbus bersama bahan kisar selama lebih kurang 15 minit.angkat ayam dan toskan.biarkan sejuk kemudian sapukan ayam bersama kicap pekat dan sos tiram sehingga sebati.biarkan selama beberapa minit dan bolehlah digoreng bersama minyak yg banyak.
untuk sup ni ibu cuma tambahkan garam dan ajinomoto sahaja.pas tu tambahkan pulak daun sup n daun bawang.klu nk letak sup bunjut pun blh jugak.x letak pun sedap jer.
BAHAN2 UNTUK CILI
  • cili merah
  • bawang putih
  • halia
  • cuka
  • gula
*satukan semua bahan dan blender.cuka dan gula ikut citarasa masing2.
yg ni lak menu tambahan.taugeh ikan masin.ibu pernah mkn taugeh ni
ngan nasi ayam kat kedai.sedap la pulak.sbb tu la ibu buat ari ni.
BAHAN2 UNTUK TAUGEH IKAN MASIN
  • taugeh 30 sen
  • ikan tenggiri masin sepotong
  • cili padi 3 biji
  • bawang putih 1 biji [diketuk]
  • bawang besar 1/2 biji [potong]
  • sos tiram 11/2 sudu
CARA MEMASAK
panaskan minyak dan masukkan ikan masin hingga garing.kemudian masukkan bawang besar dan bawang merah sehingga layu.masukkan cili padi dan sos tiram.akhir sekali masukkan taugeh.
~SELAMAT MENCUBA~

No comments: