Thursday, July 15, 2010

~when she think that she's big enough~

wahh...wahh...tajuk cam marah jer.ibu marah ke?ishh...xde la.gurau jer tu.hehehehe.....n3 kali ni khas tentang puteri ibu yg comeii sgt ni.nk cite pasal mira yg berlagak cam budak besar.sume bende mira nk wat sndr.kadang2 sgt penat ibu melayan kerenah mira ni.kadang2 mira ni kelakar sgt.terhibur ibu ngan keletah mira.kalo ibu lepak2 ngan mira ade jer bende yg mira nk tnyer.dah la mira ni pelat.sgt ssh ibu nk faham ape yg mira cakap.kadang2 tu sampai mira ngamuk2 sbb ibu x faham ape yg mira cakap.sangat mencabar kesabaran ibu. umo mira skrg baru jer 2 thn 8 bln 2 mggu 1 hari.tp mira ni cukup berdikari.kalo boleh sume bende mira nk wat sndr.sejak umo mira 2 thn 3 bln mira dah x pki diapers lg.sgt senang ajar mira kencing n poo poo kat toilet.ibu cume ambk mse lbh kurang 5 hr jer.penat gak la pade permulaan tu.fed up pun ade.kalo nk compare ngan abg hakim dl,mse umo abg hakim 4 thn baru la ibu ajar abg gune toilet.itu pun sbb ibu dah pregnankan mira.kalo x ntah la....mgkn mse tu ibu keje n x punyer byk mse nk ajar abg.ermm....byk betul perbezaan antara bekerja n suri rumah sepenuh mse.terutama sekali pasal perkembangan anak2.itu yg ibu dapat bezakan antara abg hakim n mira.abg hakim ibu antar kat baby sitter since umo dia 3 bln lg.x byk perkembangan dia yg ibu nmpk.abg hakim membesar bkn dgn acuan ibu sndr.mcm2 acuan ade.mne xnyer,sepanjang ibu bekerja lbh kurang 3/4 kali ibu tukar baby sitter.akibatnyer,abg hakim ikutla acuan baby sitter yg pertama sikit...yg kedua sikit...yg ketiga sikit...ermm...beruntuglah mira yg ibu jaga sepenuhnyer sejak mira berumo 7 bln lg.perkembangan mira di depan mata ibu.mengikut acuan ibu.baik buruk mira smua sbb didikan ibu.ibu sgt puas hati. satu perangai mira yg ibu noticed ialah mira ni kurang sabar.itu ibu akui mmg ikut perangai ibu.acuan ibu.hehehehe...skrg ni kalo nktukar channel tv pun mira nk tkr sndr.sdgkan mira pandai.sibuk tnyer ibu nk tekan yg mne.kalo salah,mula la mira mengamuk.marah kat diri sndr.al maklum la channel astro kan ssh sket nk tukar.macam2 la perangai puteri ibu ni.bab2 pki baju lps mandi mmg ibu x perlu risau lg.mira dah pandai.sikat rambut pun sndr.wp x kemas ibu biarkan je.nnt kalo ibu tlg sikatkan mula la mira mengamuk.kekadang tu ibu x kisah kalo mira nk wat sndr.tp sesetengah benda tu ibu rase mmg ibu yg kene buatkan.kalo bab2 mkn tu x kisah la kan.tp kalo bab2 mandi or poo poo tu mmg ibu x bg la mira wat sndr.tp ntah la,mgkn mira rse dia dah cukup dewasa nk wat sume tu.gigi pun nk gosok sndr.kalo cuci xpe.ini x.kuning jer.bende2 cam ni la yg menguji kesabaran ibu.baru2 ni mira dah cube nk cuci sndr lps dia poo poo.haish...pening la ibu.terpaksa la ibu ajar dia.tp lps tu ibu bilas skali lg.penat tau sbnrnyer.bkn penat ape sbnrnyer.penat coz mira ni ske ngamuk kalo kite x ikut ape yg dia nk. ni lah bilik mira.start 2 bln yg lps mira dah tdo kat bilik dier sndr.sblm tu ibu ltk katil abg hakim kat bilik ni gak.sbb nk biasekan dier dl.lbh kurang sbln gak la abg hakim temankan mira.tp ble dah nmpk mira blh sesuaikan diri ibu pun asingkan bilik dorang.alhamdulillah....mira ni sng sgt diajar.xde pun dier merengek nk tdo ngan ibu.sekali jer ibu gtau dier.ini bilik mira tau.mira kene tdo sini.xleh tdo bilik ibu or bilik abg.seingat ibu ,ibu asingkan abg dulu pun mse umo abg 4 taun.abg pun cam mira gak.sng jer nk ajar.wp tgk cite hantu x pernah takut nk tdo sorang.
sbg langkah keselamatan ibu letak tilam kat bwh tu.mne la tau kot2 mira jatuh ke.tp setakat ni x pernah jatuh lg la.alhamdulillah......
mira dah pandai berkawan skang ni.main masak2.sbb malas nk ngemas umah ibu soh dorang main kat luar.hehehehe.....ni la kawan2 mira.syasya n syuhada.

Wednesday, July 14, 2010

~sunday~

disbbkan hari ahad tu lepak jer kat umah.makanyer hari ahad haruslah keluar jalan2 pulak.kesian kat anak2 ibu.last weekend pun x kuar.tp x tau lak nk g mne.rse cam nk g putrajaya tgk pesta flora.tp cam jauh sgt.pas tu nk g ict kat shah alam.en.hubby kate kene g awal2 lak.nnt xde parking.haishh....last2 kiteorg planning nk g picnic kat tmn tasik ttwangsa.lps tu nnt baru la pk nk mne pulak.
kak zie n linda bermalam kat umah hari sabtu tu.sblm balik harus la breakfast dulu kan.linda x joint kiteorg hari ahad tu.
ni jer yg sempat dimasak.terubuk bakar+ulam2an+sambal belacan+air asam+betik rebus+kerabu mangga.ermmmm...sedap giler.sampai x cukup nasik.
langit cam nk runtuh.xleh la lepak lame2.
habis jer picnic kat ttwangsa kiteorg ke JAKEL jap.kak zie nk cari kain baju melayu kat en.hairi.tema thn ni warna grey.sekali xde lak kain yg dia nk.ramai sggh org kat jakel.smpi kain baju melayu pun dah x byk pilihan.pas tu kiteorg ke muzium negara lak.en.hairi kate ade pameran keranda.
ini ialah kereta PROTON SAGA keluaran pertama.
jom kite tgk keranda kat dalam.jommm....
keranda bentuk kerbau pun ade.
ini pun sebahagian dari keranda gak tau.
yg ni keranda buluh
woww!!keranda bersadur emas pun ade.ish..ish..ish..
keranda siam
yg ni lak keranda kanak2
balik jer dr muzium kiteorg sggh kat TMN TASIK PERDANA lak.pertama kali dtg cni.dah byk kali nk pg tp x sampai2 gak.tp x la best sgt tmn tasik ni.byk nyamuk.ttwangsa lg best.tp kat pondok dia ade congkak la.cam best jer.kalo tau leh bwk guli.sambil lepak2 leh la main congkak.hehehehe....
kasi can dak2 ni main kat playground jap.abah pun tumpang sekaki.

~sabtu yg rajin~

nk cite pasal xtvt on last saturday.tetibe jer rajin nk msk2.biasenyer kalo weekend aku ni malas sket nk memasak.cam biasa la mkn luar.boring gak asyik dok mkn kat umah jer.lg pun dah xde idea nk msk.kalo tnyer en.hubby ape dia nk mkn jawapnyer 'msk jer la ape2 pun,abah x kisah.janji leh mkn'.jawapan yg x membantu kan.pening...pening...tp betul la.en.hubby ni jenis yg x memilih pasal mkn.ape ade dia mkn jer.kalo batu or kayu blh mkn pun dia mkn.hehehehe.....sabtu lepas atas permintaan my sis,aku wat kari ikan talang masin+terung.actually x pernah wat lg gulai tumis darat nih.biasenyer kalo ikan masin aku masak masak lemak cili padi +nenas jer.tp disbbkan my sis ni pregnant aku usahakan jugak la.kesian...nnt meleleh lak air liur anak dia.so...rujukan utama dah tentu la mak di kg.ape lg kol la mak tnyer bahan2 yg diperlukan.ohhh....senang jer rupernyer.len kali leh la buat lg.
ini la hasilnyer.sgt2 senang.yg penting sedap cam mak masak.
ini lak putera puteri kesayanganku.sibuk jer soh snap pic dorang.
en.hubby+akim+BIL ermm...cam ni la kalo dah ramai2 kat umah.rumah aku ni ibarat weekend hse la tuk kakak n adik aku.kat umah aku la slalunyer kiteorg berkumpul.musim bola lak skang ni kan.
she's d one that requested d kari.ateh n pakteh yg rajin melayan kerenah mira n akim.
uikkk...ape lak ni?huhuhu...malunyer nk cite.actually ptg tu kiteorg nk wat karipap.so botol n termos tu digunakan tuk menggelek tepung.maklum la aku ni kan rajin sgt wat kuih.sbb tu la penggelek tepung pun x terbeli tu.so...kene la kreatif sket.gunela ape yg ade di sekelililng kite.
hahaha...ni satu lg.siap guna gelas lg tu.ish..ish..ish...
doh yg siap diuli.penat rupenyer menguli tepung nih.cam mne la org yg meniaga kuih tu.
inti.....daging +kentang.biasenyer org gune srbuk kari kan.aku try gune rempah kurma lak.tp yg kari lg sedap la.
ape yg akim wat ni.sibuk jer la
mira pun same gak mengibuk
hasil kerja tangan aku yg sangat tidak berseni.huhh!!!hasil yg sama wp mencuba beberapa kali.next time beli acuan jer.
dah siap.jom kita makan.ehhh....nk tnyer sket?ade sape2 yg pernah mkn karipap kat IKEA x?sedap giler kan.

Tuesday, July 13, 2010

~sukan tahunan SK DESA SETAPAK~

nk cite sket pasal sukan tahunan kat sekolah akim yg berlangsung pada 9 & 10 hb julai yg lepas.x byk cite menarik actually,tp nk gak sumbat lam blog ni sbg kenangan tuk akim nnt.majlis x la meriah sgt.coz skolah ni kecik jer.padang pun kecik.terpaksa la buat 2 sesi.jumaat tuk tahap satu n sabtu tuk tahap dua.first time menghadirkan diri tuk majlis sukan ank sndr.so...sgt smangat tuk support akim.akim terlibat tuk acara olahraga shj.hanya dua acara iaitu 50m n 4x50m.huhuhu...cam kelakar jer acara 4x50 m tu.first time dgr.slalunyer 4x100 or 4x200 jer kan.seingat aku mse aku skolah rendah pun xde acara nih.anyway x kisah la.janji akim juara tuk acara yg kelakar tu.caya la akim.....congrats.dah xde idea dah nk merepek.kite layan piccas la pulak k.
tarian pom2 pun ade.teringat lak aku mse skolah dl.
tuk acara 50m.xde rezeki akim la.dapat no 4 jer.
menebus kekalahan.akim juara tuk acara 4x50m.hoorayyyyyyy!!!
majlis penyampaian hadiah
mira n abah
me n mira
mira dah boring dah.asyik ajak balik jer.
post iklan gigi dri mira. gunelah kodomo lion........pasti gigi anda seputih gigi saye.:p

Monday, July 12, 2010

~tips menangani amarah~

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?
Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan? Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal. Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.
Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan. Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.
Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung. Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan. Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain. Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari? Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
*Gambaran pesakit koronari
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat. Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung. Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik. Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan. Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari. Cara mengatasi kemarahan Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:
 Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
 Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
 Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
 Mendengar muzik
 Mengisi masa dengan hobi
 Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
 Meditasi
Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.