Untuk menangani anak nakal.Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
- selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
- kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya
- bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pd niat kita utk si anak) 4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo anak masih menyusu..hembuskan pd susu.
- Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
- Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
- Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
- Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
- Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
- Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
- Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
- Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
- Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com
- anak2 bergaduh
- - Surah Al Baqarah - Ayat 102
- Anak2 pandai belajar
- - Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
- Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- - Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
- Anak2 malas sekolah
- - Surah Toha ayat 1-5
- Bg anak2 yg suka keluar malam
- - Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
No comments:
Post a Comment